Thursday 26 November 2015

Lelaki Melayu Terakhir SBP (2010/2014)

Cam x aci jer bdak pempuan ader biodata dowang... budak laki Sbp pon ader gak....


Hadi penyair tersohor..bajet thu smua bender... klau ckap besar mesti ader ayat 'kot' kat blakang... tpi baek hati time2 kwan2 tgah susah... slalu tumbuk2 dinding... buat aper tah... masalah psykologi time2 kecik kot...

Mubin..budak bising dlm klas... bkal jdi prdana menteri thun 2020 dengan bininya rosmah kner mintak izin lu klau nk maen dota... klau die senyap tu... thu la... die tgah msg bini die.. ataupon mse tu tgah gaduh....

Piki tok imam masjid kmpung sdar...cpat mrah tpi hati baek... panggil orang yg dier x ske sek2 taik ...die telah tergolong antara sahabat2 abg yang dijanjikan bersama hingga ke syurga.... antara mangsa2 fenomena 'wak lu'... ayt yg slalu die sbut 'x thu nok royak gapo' klau bahasa ingris plop 'Actually'

Haziq hurmn.. mender ek..?? terkenal ngan tag line dier... pergh... klau la aku bleh buat...aku buat dah...tolong aku _______ (nama mangsa).. last..last.. pas ni aku x kacau dah.. seorang karnivor.. x mkn sayo..

Luqman budak setengah jam bru msuk kelas... mmg mlang la sper yg group dgan dier ni... tingal barang rter2 ..hilang pastu mule la tyer owg brang dier ktmner.... datang bilik dak2 nie pon sbb ader makanan atau pon nk ajak maen dota...


Amirul... klau dlam dragonball die mcm bezita bila kerinting rambutnye... mempunyai ketumbuhan kritikal di prut... klah dota tutup lampu bilik kunci pintu... ek eh ko.. Klau x nmpak luar bilik kompom2 dier tgah tido dlam blik atau tgah layan vampire dairies...

Faez budak yg baek sangat.. xpernah tgok dier marah owg... tolong owg x nk mintak balas.. budak genius klas kami... klau nk bercerita kisah2 yg plik dan bnder yg x msuk akal dgan dier niih la...

Ipan abang kiter owang smua .....walaupon ader gadoh aper smua tu... aku x kesah....Baek ati gak .. Satu geng mniru report....kekeke


Pejal budak yg start fenomena 'wak lu' dalm blik ... aku pon dah naek srabut dgor ayat tu... klau dah tiap sorang sbut ayat tu... pastu tiap2 minit lak... bleh jdi giler kot... try nk diet akhir sem nie... kter tgok cmner ek .... post gambo au...

kredit to Kemang Ganu (Luqman)

Sunday 18 October 2015

Tahajjud dan Qiamullail

18.10.2015, Around 11.00 am.

Mr Weird terdengar perbincangan topik yang menarik dikalangan student UM in which one of the student is my MRSM junior aka my little bro. Mr Weird hanya mendengar sebab seronok mendengar pendapat anak-anak muda yang banyak mendalami ilmu agama. 

Persoalan yang di kemukakan ialah adakah tahajjud dikategorikan sebagai Qiamullail?

Boleh tak kita buat Tahajjud / Qiamullail tanpa tidur dahulu?

Mr Weird juga ada sedikit sebanyak ilmu yang pernah Mr Weird belajar tentang Qiamuallail dan Tahajjud ni. Tak ada la sebanyak ilmu anak-anak muda UM yang sentiasa menyebut nama Allah dalam setiap perkara yang mereka lakukan.

Dunia makin maju, setelah buat sedikit sebanyak cross-reference dengan beberapa website jadi inilah rumusan yang boleh dibuat.

QIAMULLAIL

Qiamullail dari segi bahasa ialah bangun malam. Manakala dari segi istilah pula ialah berjaga malam untuk melakukan ibadah kepada Allah Azzawajalla. Ada pendapat mengatakan qiamullail afdhal untuk dilakukan pada 2/3 malam ataupun 1/3 akhir malam atau dengan lebih tepat lagi ialah selepas 2.30 pagi.


Pendapat ini disokong oleh hadis di bawah,


Rasulullah SAW bersabda: Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya. (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya)


Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu.


AMALAN QIAMULAIL

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya membersihkan diri sebelum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.
  1. Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.
  2. Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut:-
    • Solat Sunat Tahajjud
    • Solat Sunat Taubat
    • Solat Sunat Tasbih
    • Solat Sunat Hajat
    • Solat Sunat Witir
  3. Disamping itu beramallah juga dengan amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.
TAHAJJUD
Ulama berbeza pendapat tentang syarat dikira sebagai tahajjud sama ada perlu tidur ataupun tidak.

1. Tahajud harus tidur dulu
Ini merupakan pendapat Ar-Rafi’i – ulama madzhab Syafii –. Dalam bukunya As-Syarhul Kabir, beliau menegaskan,
التَّهَجُّدُ يَقَعُ عَلَى الصَّلَاةِ بَعْدَ النَّوْمِ ، وَأَمَّا الصَّلَاةُ قَبْلَ النَّوْمِ ، فَلَا تُسَمَّى تَهَجُّدًا
“Tahajud istilah untuk solat yang dikerjakan setelah tidur. Sedangkan solat yang dikerjakan sebelum tidur, tidak dinamakan tahajud.”
Setelah menyatakan keterangan di atas, Ar-Rafi’i membawakan riwayat dari katsir bin Abbas dari sahabat Al-Hajjaj bin Amr radhiyallahu ‘anhu,

يَحْسَبُ أَحَدُكُمْ إذَا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ يُصَلِّي حَتَّى يُصْبِحَ أَنَّهُ قَدْ تَهَجَّدَ ، إنَّمَا التَّهَجُّدُ أَنْ يُصَلِّيَ الصَّلَاةَ بَعْدَ رَقْدِهِ ، ثُمَّ الصَّلَاةَ بَعْدَ رَقْدِهِ ، وَتِلْكَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Diantara kalian menyangka ketika melakukan solat di malam hari sampai subuh dia merasa telah tahajud. Tahajud adalah solat yang dikerjakan setelah tidur, kemudian solat setelah tidur. Itulah solatnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Ibnu Hajar dalam Talkhis Al-Habir mengatakan,
Sanadnya hasan, dalam sanadnya ada perawi yang bernama Abu Shaleh, juru tulis Imam Al-Laits, dan Abu Shaleh ada kelemahan. Hadis ini juga diriwayatkan At-Thabrani, dengan sanad dari Ibnu Lahai’ah. Dan riwayat kedua ini dikuatkan dengan riwayat jalur sebelumnya.
2. Tahajud TIDAK harus tidur dulu
Solat tahajud adalah semua solat sunat yang dikerjakan setelah isya, baik sebelum tidur mahu pun sesudah tidur. (Hasyiyah Ad-Dasuqi, 7/313).
Kerana tahajud mempunyai erti mujanabatul hajud (menjauhi tempat tidur). Dan semua solat malam bisa disebut tahajud jika dilakukan setelah bangun tidur atau di waktu banyak orang tidur.
Ini berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
أفشوا السلام، وأطعموا الطعام، وصلوا الأرحام، وصلوا بالليل والناس نيام تدخلوا الجنة بسلام
Sebarkanlah salam, berilah makanan, sambung silaturahmi, dan kerjakan shalat malam ketika manusia sedang tidur, kalian akan masuk surga dengan selamat. (HR. Ahmad, Ibn Majah, dan dishahihkan Syuaib Al-Arnauth)
Abu Bakr Ibnul ‘Arabi mengatakan,
في معنى التهجد ثلاثة أقوال (الأول) أنه النوم ثم الصلاة ثم النوم ثم الصلاة، (الثاني) أنه الصلاة بعد النوم، (والثالث) أنه بعد صلاة العشاء. ثم قال عن الأول: إنه من فهم التابعين الذين عولوا على أن النبي صلى الله عليه وسلم كان ينام ويصلي، وينام ويصلي . والأرجح عند المالكية الرأي الثاني
Tentang makna tahajud ada 3 pendapat: pertama, tidur kemudian shalat lalu tidur lagi, kemudian shalat. Kedua, shalat setelah tidur. Ketiga, tahajud adalah shalat setelah isya. Beliau berkomentar tentang yang pertama, bahwa itu adalah pemahaman ulama tabi’in, yang menyandarkan pada ketarangan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidur kemudian shalat, kemudian tidur, lalu shalat. Sedangkan pendapat paling kuat menurut Malikiyah adalah pendapat kedua. (Dinukil dari Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyah, 14/86)
Catatan:

Islam itu Mudah dan tidak menyusahkan, jadi janganlah menyusahkannya sehingga menjadi alasan untuk kita tidak lakukan ibadah tersebut.


Bagi sesiapa yang tidak mampu bangun sebelum subuh untuk tahajud, dianjurkan untuk solat sebelum tidur. Sekalipun tidak disebut tahajud oleh sebahagian ulama, namun ibadah itu tetap terhitung melakukan qiyam lail, yang pahalanya besar.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk terus istiqamah dalam melakukan ketaatan.
Amin.
**Inilah sedikit sebanyak perkongsian dari ilmu dan cross reference yang Mr Weird buat. Jadi, info2 ini ada yang CP dari page lain. bukan dikreditkan kepada Mr Weird sahaja. Semoga bermanfaat kepada semua. Salah silap silalah tegur. Wallahu A'lam.

Friday 2 October 2015

Syukur dan Sabar

02 October 2015, 3.09pm

Kali ni aku nak cerita tentang kehidupan aku. Apa pulak kena mengena dengan tajuk "Syukur dan Sabar"? Kalau nak ikotkan jalan cerita kehidupan letak la "Roda kehidupan" (tu tajuk awal2) or "Hidup Seorang Bujang" or lain-lain la. Ok2, Stop merapu Mr. Weird dan maaf awal-awal sebab entry kali ini panjang sedikit.

Aku tak lahir dalam keluarga yang keluar-keluar dari perut mak pak terus main handphone, terus pegang ipad, terus ada PS2, dan macam-macam game lagilah. Aku lahir dalam serba cukup. Cukup la pakai dan makan aku, still ada duit nak naik bas gi sekolah (bukan bayar bulan naik bas skolah, naik bas mini pink tu). Alhamdulillah sempat lagi aku dengan zaman bas mini pink tu. Kalau takda duit, jalan la kaki gi skolah. Masa tadika, hari-hari mama teman aku kat sekolah, almaklumlah mama tak kerja masa tu. Sampai la mama jadi cikgu sementara kat tadika aku.

Masa aku kecik, walaupun mama tak pakai lawa-lawa, mama tak bergaya, mama tak cantik. Tapi mama tetap bagi aku pakai handsome-handsome, pakai bedak wangi-wangi, baju tuck-in. Aku sayang sangat kat mama aku. Tapi masa aku kecik aku banyak cemburu ngan cousin aku, kawan-kawan aku yang ada macam-macam yang aku tak ada. Bahasa kasarnya "Ya Allah, miskinnya aku" tapi takda la miskin mana, cuma tidak punya apa yang orang lain punya.

"Belajar pandai-pandai, bagi dapat result pandai-pandai, semua A. Nanti mama beli apa yang Yon nak."

Itulah yang diberitahu kepada aku masa aku kecik-kecik. Walaupon still tak dapat apa yang aku nak, aku bersyukur. Dengan kata-kata tu lah yang membuatkan aku berada di tempat aku sekarang.\

Aku bersyukur.

Aku masuk Sekolah Menengah Segambut Jaya, sekolah aliran agama. Then, MRSM Kubang Pasu. Banyak yang aku belajar sama ada ilmu pengetahuan dan juga ilmu kehidupan. Aku merupakan cucu sulung dan anak tunggal. Jadi aku tak reti cara-cara nak masuk universiti. Zaman tu mana ada internet, whatapp, dan facebook. Laptop or komputer pon takda kat rumah aku. 

Akhirnya aku melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka. Allah, dekatnya aku dengan Kau ya Allah. Aku bergiat dalam Tabligh. Thanks kawan-kawan sebab ingatkan aku. Kononnya di matrik aku minat sgt dengan Kimia. Giler success la aku sampai tidur dalam bilik panitia kimia (ok itu tipu). Tapi seriusly aku rasa aku boleh ganti Einstein masa tu. Setakat buku kimia international tu, petik jari je.

Tapi rezeki aku dekat Universiti Malaysia Kelantan. Sebab Allah nak ajar aku cara nak survive. Aku dapat Universiti yang baru nak membangun. Kalau aku masuk uni yang dah lama, aku tinggal study betul-betul je. Tapi kat UMK la aku belajar untuk memegang jawatan. Walaupun tak sebesar jawatan orang lain, dan tak se-success orang lain. Tapi aku belajar untuk deal dengan pihak pengurusan.

Aku bersyukur.

Habis mengaji di UMK, aku dapat training under satu company besar iaitu UMW. Wah, masa tu aku seronok sgt sebab Allah atur hidup aku baik-baik, tak kasi aku menganggur pon kat rumah. Sampai lah setahun. 

Aku bersyukur.

Aku menganggur seminggu lebih lepas training di UMW. Aku mula risau. tetapi Allah dah tetapkan rezeki aku. lepas seminggu lebih aku habis training, aku diminta untuk sambung lagi training di UMW. Alhamdulillah. Ada jugak rezeki masuk tiap-tiap bulan tuk sara diri dan belanja keluarga aku.

Aku bersyukur.

Baru-baru ni, aku tersentak dengan rezeki rakan-rakan dan orang yang aku kenal. Dapat kerja bagus-bagus, gaji besar, dapat study fully sponsored. Aku cemburu. Aku tanya pada diri aku, "Kenapa aku tak bertuah macam diorang?". Ya Allah teruknya aku. Down sebentar.

Dan bila aku fikir dan fikir balik, aku kena terus bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang dan usaha lebih keras. Allah takkan ubah nasib seseorang itu, selagi orang tu tak berusaha tuk mengubah nasibnya. Maksudnya Allah suruh kita berusaha. Allah suruh kita jangan putus asa. 

"Siapa yang menanam, dia yang menuai"

Sabar dengan jalan yang Allah beri pada aku, dan terus bersyukur. InsyaAllah pasti ada pelangi di penghujung jalan nanti. Yang penting DUIT. (Doa, Usaha & Ikhtiar, akhir sekali Tawakal).

"Kadang-kala syukur ni lebih tinggi darjatnya daripada Sabar"

Bila ditimpa musibah orang akan cakap, "sabar la mat". Semua orang boleh sabar disaat dugaan menimpa. Sebab dah tak boleh buat apa. Tapi berapa ramai yang dapat bersyukur dengan dugaan yang Allah bagi?

Renung-renungkan dan Selamat Beramal.


Saturday 29 August 2015

Keberkatan Seorang Ibu


28 August 2015, 12.45pm

Cerita ni sudah di post dalam Facebook Mr Weird. Tapi disebabkan Mr Weird nak buat entry kat blog, Mr Weird akan cerita kan lebih panjang lagi.

My General Manager said this to me when we were having lunch today,

"Mark this conversation. You need to remember what I said now. Keep doing what you are doing now. 15 years later, you will be taking me to eat somewhere with your owned car and your driver. You will be someone 15 years later. I know you gonna be there. But you need to sacrifice, you need to take good care of your family and the most important is your mom. I believe that, what you're doing now will benefit you later. Allah will hear your prayer. Definitely. I know it and i believe because I've seen it with my own eyes. And it happens to me as well. Keep on sedekah and take good care of your mom. You wont get it now, because if you get it, whats the point, you didn't sacrifice. You understand what I said brother?"

"I have adik angkat masa sekolah asrama dlu. Budaknya Jambu selalu kene buli. so, when I take him as adik angkat, orang lain tak berani buli dia. Dia budak sabah. Ceritanya, dia bagi semua gaji dia kat mak dia, untuk sekolahkan adik-adik dia. He done that until now, and still x kawin lagi. Dia muda 4 tahun from me (tak ingat exactly berapa tahun tp muda la). But because of what he sacrifice, now he is a Dato'. An important person in Goverment Office. Really important person."

"I kerja kat germany, gaji RM20k but I came back to malaysia to take care of my mom. You know how much my salary to work in Malaysia? RM2k (I thought Rm10k at least). This happen in 2010. 15 years later, you look at me now. You understand what I am saying here rite brother?"

"Yes, Papa..."


Moral of the story,


Taking care of your mom, giving your family a portion of your salary, sedekah as much as you can, be good to others gonna pays later. Keberkatan taking care of your family, mustajab doa kedua ibu bapa, that's the thing that will help us later in the future.


Allah knows, Allah hear your heart and pain. Allah pay back your sacrifice later. Allah loves His child. No pain no gain.

A reminder to me and anyone that read this.

Allahumma solli 'ala muhammad.

**(Ok papa tu tipu je)

Tuesday 26 May 2015

Cuti-cuti Malaysia ke Pulau Perhentian


22 May 2015 - 24 May 2015.

Tarikh di atas merupakan tarikh dimana sekumpulan budak UMK yang dah graduate berjumpa kembali. Walaupon tak semua yang dirindui ada, tapi we sure had a blast together. Percutian hujung minggu ke Pulau perhentian yang penuh dengan dugaan dan cabaran disamping dengan kurang tidur dan rehat.

To those who took care of my mom there, thank you so much. I really appreciate it.

Harapan Mr Weird ialah trip2 seperti ni akan di adakan tiap-tiap tahun bagi terus menjalinkan hubungan rapat antara satu sama lain. Thank you for the great weekend.

Mr Weird takde la upload sampai 200 keping gambar, cuma 5 keping gambar dan satu video je dan ni pon dah cukup menunjukkan betapa Mr Weird happy dapat bersama-sama dengan kawan-kawan Mr Wierd. Thank you for being my friend and sorry kalau ada terkasar bicara dan kelakuan sepanjang percutian. Kot ade yang nak lemas masa snorkeling and ade yang #taggedherself. hahhaaaa

We were classmate, and will always be..

Jejaka Pulau Perhentian katanya..

We are Best Buddy to the end of time..

Good Bye Perhentian...
This Video conclude our trip to Perhentian Island. Great memories to remember. 

#PerhentianIsland #cuticutiMalaysia #cutihujungminggu #friendtime #nexttripmedan