Tuesday, 26 May 2015

HANYA 1 JAM SAJA…

Suatu hari seorang anak kecil datang kepada ayahnya dan bertanya,

“Apakah kita boleh hidup tidak berdosa selama hidup kita?”.
Ayahnya memandang kepada anak kecil itu dan berkata, “Tidak, nak”.
Anak kecil ini kemudian memandang ayahnya dan berkata lagi, “Apakah kita boleh hidup tanpa berdosa dalam setahun?”.

Ayahnya kembali menggelengkan kepalanya, sambil tersenyum kepada putranya.

“Oh ayah bagaimana kalau 1 bulan, apakah kita boleh hidup tanpa melakukan kesalahan?”.

Ayahnya tertawa, “Mungkin tidak boleh juga nak”.

“OK ayah, ini yang terakhir kali, apakah kita boleh hidup tidak berdosa dalam 1 jam saja?”.

Akhirnya ayahnya mengangguk, “Kemungkinan besar boleh nak dan jika kita memang bersungguh-sungguh, Insyaa Allah, kita mampu untuk melakukannya”.

Anak ini tersenyum lega. “Jika demikian, aku akan hidup dengan tidak berdosa dari jam ke jam, ayah. Lebih mudah menjalaninya dan aku akan menjaganya dari jam ke jam, sehingga aku dapat hidup dengan tidak berdosa…”.

Kenyataan ini mengandung kebenarannya. Marilah kita hidup dari waktu ke waktu, dengan memperhatikan cara kita menjalani kehidupan. Dari latihan yang paling kecil dan sederhana, akan menjadikan kita terbiasa, dan apa yang sudah biasa kita lakukan akan menjadi sifat, dan sifat akan berubah jadi karakter, dan karakter akan menjadi destiny…..

Hiduplah 1 jam TANPA…
tanpa kemarahan,
tanpa hati yang jahat,
tanpa pikiran negatif,
tanpa menjelekkan orang,
tanpa keserakahan,
tanpa pemborosan,
tanpa kesombongan,
tanpa kebohongan,
tanpa kepalsuan….
Lalu ulangi lagi untuk
1 jam berikutnya ……
1 jam berikutnya lagi….
1 jam berikutnya lagi…dan terus-menerus..

Hiduplah 1 jam DENGAN..
dengan kasih,
dengan sukacita,
dengan kesabaran,
dengan kelembutan,
dengan kemurahan hati,
dengan kerendahan hati,
dengan penguasaan diri,
dengan ketekunan, bio
dengan tawakal,
dengan al-ihsan,
dan ulangilah untuk
1 jam berikutnya
1 jam berikutnya lagi .

Semoga bermanfaat.

Tuesday, 24 March 2015

Renungi setiap detik, setiap saat.

23 March 2015, 6pm


Aku duduk di dalam KTM. Seorang pakcik dengan penampilan yang sederhana duduk disebelahku. Kami masuk ke dalam tren bersama2. Cuma pakcik ni tiba lambat sikit daripada aku.
Aku terharu dan sedih bila terbaca notes yg beliau tulis dalam henfon beliau.

# 5.49pm just arrived at train station. Going to kL. In fact the door has closed but someone push the emergency button. Ok.

Mcm tu la note pakcik dalam henfon beliau. Aku sedih, pakcik ni menghargai setiap masa dan setiap perkara yg berlaku pada dia. Kita nmpk perkara tu simple. Tp bg pakcik tu, dia sgt2 menghargai org yg tekan button emergency supaya pintu terbuka balik.

Bukan tu shaja pakcik ni juga merakamkan setiap detik beliau walaupon berada di depan masjidil haram.

Subhanallah. Kat mana2 pon kita boleh muhasabah diri. Bila2 masa pon Allah boleh tunjuk kat kita. Cuma kita je yang perlu tengok dengan mata hati. Macam mana dengan kita sekarang ni?? Hanya hidup seperti robot ataupon menghayati setiap detik hidup kita?? Mati tu dekat dengan kita. Mungkin tinggal senafas, mungkin tinggal seja, mungkin sehari, mungkin seminggu. Selalulah zikrul maut.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Sebab jadikan pakcik ni asbab aku bermuhasabah diri.

Renung2kan dan selamat beramal..

Friday, 20 March 2015

Kupas la apa kau nak kupas. Tapi biar kupas ada isi..

Sebelum tidur semalam, satu video tentang HUDUD oleh BFM Kupas di post di dalam group whatapp aku. So, setelah aku ambil masa untuk berfikir seketika, aku pon decide untuk post entry ni. Bukan apa, truly aku cakap. Orang yang kupas isu hudud dalam BFM kupas tu dah kaji cukup2 pasal islam ke yang suka-suka senang-lenang nak main lepas cakap pasal isu HUDUD??

Kalau ikutkan perasaan sebenar aku, rasa macam nak tampor je muka dia laju-laju. Tapi bila dipikirkan balik, penampar aku pun dia tak layak terima. Tapi tak mengapa la, maybe dia just ikutkan skrip yang telah diberikan kepada dia tanpa memikirkan apa maksud sebenar skrip tersebut (boleh pulak kalau jadi macam tu kan?)

Kepada BFM kupas, 
Kalau tuan-tuan, puan-puan, pakcik-pakcik, makcik-makcik dan dato-dato yang nak mengupas tu silalah kaji habis-habis dulu. Mmg la hukum hudud tu tak boleh bagi kau makan nasi lemak. Hukum Hudud tu untuk keadilan dalam menghukum pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan. Bukannya tujuan hukum hudud tu nak bagi kau makan nasi lemak. Sebab tu lah kena kaji agama dlu baru la kupas la apa kau nak kupas pon. Bukan main kupas je dan nampak bodoh dikemudian hari.

Mari kita ambil contoh mencuri dan dikenakan hukuman hudud. Bukannya hukum hudud tu terus dijalankan tanpa usul periksa akan sebab musabab orang tu mencuri. Pihak berkuasa perlu menyiasat dulu sebab utama orang tu mencuri. Cuba bayangkan kalau orang tu mencuri air mineral atas sebab dah 3 hari tak makan dan tak minum sebab takda duit. Ataupun mencuri sebabkan nak bagi anak-anak yang berada dirumah kelaparan yang dah berhari-hari tak makan sebab dia tidak mampu dan masih tidak diterima untuk berkerja?? 

Orang yang tak berakal pon paham akan perkataan "kasihan", inikan pula AGAMA. Takkan lah AGAMA ALLAH yang begitu sempurna ini menetapkan orang tu tetap kena potong tangan?? Sepatut nya kembali tanya kepada masyarakat sekeliling, kenapa masih ada orang yang susah sebegitu dalam kawasan yang agak cukup serba serbi?? Adakah pengagihan zakat tidak sama rata ataupun pengagihan zakat kepada golongan yang tak sepatutnya terima zakat??

Cuba fikir secara logik akal pon dah tahu apa jawapannya. So, janganlah nak main kupas tanpa kau cari asal usul benda yang kau nak kupas tu. Nanti nampak sangat kebodohannya dan akhirnya kau famous sebab memalukan diri sendiri. 

Dear orang yang mengupas,
kalau la MB kelantan or sape sekali pon cakap "orang yang kritik hudud tu x beriman", kau kene pikir kau tu sape nak kritik hudud or nak kritik MB?? Kau ahli agama ke?? Kau sehebat TGNA ke?? Kau ada ilmu mcm Imam Syafie' ke?? Kau tahu ke berapa banyak MB solat sunat?? Kau tahu ke berat AMANAH diorang bawak sebagai khalifah dimuka bumi Malaysia ni??

Ini isu hudud pon kau boleh nak main-mainkan dengan nasi lemak, dan kau pikir benda tu lawak. Kau tak layak pon nak cakap pasal hudud, bukan sahaja hudud, kau nak kritik orang pon kau tak layak sebab kau tak tahu nak selidik dulu. (Ataupon maybe kau selidik, tapi kalau kau selidik mesti kau tahu yang kau tak patut cakap apa yang kau cakap..)

Oklah aku rasa takat ni je komen aku pasal BFM kupas. Aku bukan ahli agama, aku bukan mufti, aku bukan ulama'. Tapi aku still tahu mana betul dan mana salah. Dan pendapat aku, Apa yang kau kupas tu tak kena pada cara!! Bila suatu isu agama keluar, ramai berpusu-pusu nak jadi ustaz dan ustazah. Pelik. Amalkan dulu islam baru kau tahu perbezaan dia.

Dulu Islam dapat takluk dua pertiga dunia, takda pulak masalah hukum-hukum dalam islam menyebabkan islam mundur. Yang mundurnya muslim tanpa islam. 

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Wednesday, 18 March 2015

Plain A4 Paper

Friend is like a Plain A4 Paper.
Friendship is like painting on that plain A4 paper. 
You can't paint the same painting on new A4 paper.
You will not get the same result as the first painting.
The result might be better or worst.

Friend is like a Plain A4 Paper.
Friendship is like painting on that plain A4 paper.
Even if you can make a beautiful painting over a new A4 paper,
It doesn't matter matter if the painted paper does not last forever.

Painting on the A4 paper may be easy,
but to keep the painting is hard.

The truth is weather the Painted Paper will be kept in your file of life,
or the Painted Paper being taken a away from you.
Be grateful of painted paper that we have,
We might not know when is those painted paper will be taken away.

Oh Allah, hear my dua'
Please take good care of all the people that I love,
When I'm not around to care about them.
Ameen.

Saturday, 21 February 2015

Sahabat


Bila kucing engkau sayang tersesat di jalanan
Pasti ia akan mencari jalan pulang
Jika sahabat sejati meninggalkan dirimu
Untuk apa kau bersedih kerna ia pasti kembali

Bila air mata menitis
Pasti ia datang dari hati
Kita harus kuat terima kenyataan
Tak usah terus berduka dan menangis semacam bayi

Lagu yang ringkas, tetapi sangat bermakna.
Thank you.

**this is how my feeling is now.
22 Feb 2015.