Monday 24 November 2014

Buat Ketiga Kalinya..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua blog walker, Setelah sekian lama menyepi diri dalam dunia blogger, kini aku kembali dengan blog Madah Si Pemilik Hati.

Kenapa tajuk entry yang ketiga kali nya? Yang pasti bukan disebabkan blog lama aku penuh dengan entry, cuma aku cuba untuk buka buku baru tanpa melihat kepada entry2 lama yang agak memberi kenangan kepada aku. So, blog lama tu hanya tinggal kenangan dan hanya aku yang dibenarkan membaca nya. (ketawa sendiri dalam hati)

Blog pertama aku dibuat semasa aku dimatrikulasi menceritakan tentang diri aku, ketidakpuashatian aku, dan sebagainya. Blog kedua pula ialah untuk berkongsi perihal agama, dimana blog tersebut mempunyai beberapa orang penulis yang kurang tegar menulisnya (termasuk aku sebagai admin).
 
Apa pun untuk blog kali ini, aku berhasrat untuk terus menulis tentang hidup aku, agama aku dan juga nasihat2 yang boleh dikongsikan kepada pembaca2. Terima kasih di ucapkan kepada blogger.com kerana telah memberi aku peluang untuk bermadah cita dan cinta aku.

Salam Ukhuwah Fillah,
Islam itu Indah dan Mudah,

No comments:

Post a Comment