Wednesday 3 December 2014

Trend semasa

Salam pembuka bicara,

Setiap hari bermacam-macam jenis kerenah manusia aku jumpa di dalam kereta api KTM. Budak-budak muda dengan bermacam-macam jenis pakaian, kononnya trend la katakan. Lelaki dan perempuan semua sama sahaja. Yang lelaki dengan pakaian bajet KL nye tu, lepastu yang perempuan pon tidak kurang ganas nya. Punya la pendek skirt, aku rasa klau diberi peluang tuk pakai skirt sejengkal dari pusat, pasti mereka antara pembeli utama. Trend, trend.. Hebat kau sekarang, habis semua anak muda kau hasut.

Tapi jangan pikir yang tak baik sahaja. Yang pakai menutup aurat dengan betul pun banyak. Alhamdulillah sejuk perut ibu mengandung. Anak-anak macam nilah yang akan tarik ibu-ibu dan ayah-ayah mereka melangkah ke syurga.

Hurm.. Cuba kita renungkan, kalaulah pakaian dah tak tentu hala, solah ntah kemana, mana doa-doa mereka untuk ibu dan ayah mereka? 

Wahai sahabat-sahabat sekalian yang telah memasuki alam perkahwinan, berhati-hatilah kalian dengan trend semasa. Trend semasa inilah yang menarik kalian ke arah kemusnahan. Bagaimana?? Jawapannya ialah anak-anak kalian. Jadi, berwaspadalah wahai sahabat-sahabatku. Ajarlah anak-anakmu dengan ilmu dunia seimbang dengan ilmu agama. Jangan dilebihkan dunia, lebihkan akhirat. Kerana jika dikejar dunia, maka dunialah kamu dapat dan akhirat akan meninggalkan mu. Tetapi jika dikejar akhirat, maka dunia akan mengikutimu.

Sekian.

No comments:

Post a Comment