Friday 2 October 2015

Syukur dan Sabar

02 October 2015, 3.09pm

Kali ni aku nak cerita tentang kehidupan aku. Apa pulak kena mengena dengan tajuk "Syukur dan Sabar"? Kalau nak ikotkan jalan cerita kehidupan letak la "Roda kehidupan" (tu tajuk awal2) or "Hidup Seorang Bujang" or lain-lain la. Ok2, Stop merapu Mr. Weird dan maaf awal-awal sebab entry kali ini panjang sedikit.

Aku tak lahir dalam keluarga yang keluar-keluar dari perut mak pak terus main handphone, terus pegang ipad, terus ada PS2, dan macam-macam game lagilah. Aku lahir dalam serba cukup. Cukup la pakai dan makan aku, still ada duit nak naik bas gi sekolah (bukan bayar bulan naik bas skolah, naik bas mini pink tu). Alhamdulillah sempat lagi aku dengan zaman bas mini pink tu. Kalau takda duit, jalan la kaki gi skolah. Masa tadika, hari-hari mama teman aku kat sekolah, almaklumlah mama tak kerja masa tu. Sampai la mama jadi cikgu sementara kat tadika aku.

Masa aku kecik, walaupun mama tak pakai lawa-lawa, mama tak bergaya, mama tak cantik. Tapi mama tetap bagi aku pakai handsome-handsome, pakai bedak wangi-wangi, baju tuck-in. Aku sayang sangat kat mama aku. Tapi masa aku kecik aku banyak cemburu ngan cousin aku, kawan-kawan aku yang ada macam-macam yang aku tak ada. Bahasa kasarnya "Ya Allah, miskinnya aku" tapi takda la miskin mana, cuma tidak punya apa yang orang lain punya.

"Belajar pandai-pandai, bagi dapat result pandai-pandai, semua A. Nanti mama beli apa yang Yon nak."

Itulah yang diberitahu kepada aku masa aku kecik-kecik. Walaupon still tak dapat apa yang aku nak, aku bersyukur. Dengan kata-kata tu lah yang membuatkan aku berada di tempat aku sekarang.\

Aku bersyukur.

Aku masuk Sekolah Menengah Segambut Jaya, sekolah aliran agama. Then, MRSM Kubang Pasu. Banyak yang aku belajar sama ada ilmu pengetahuan dan juga ilmu kehidupan. Aku merupakan cucu sulung dan anak tunggal. Jadi aku tak reti cara-cara nak masuk universiti. Zaman tu mana ada internet, whatapp, dan facebook. Laptop or komputer pon takda kat rumah aku. 

Akhirnya aku melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka. Allah, dekatnya aku dengan Kau ya Allah. Aku bergiat dalam Tabligh. Thanks kawan-kawan sebab ingatkan aku. Kononnya di matrik aku minat sgt dengan Kimia. Giler success la aku sampai tidur dalam bilik panitia kimia (ok itu tipu). Tapi seriusly aku rasa aku boleh ganti Einstein masa tu. Setakat buku kimia international tu, petik jari je.

Tapi rezeki aku dekat Universiti Malaysia Kelantan. Sebab Allah nak ajar aku cara nak survive. Aku dapat Universiti yang baru nak membangun. Kalau aku masuk uni yang dah lama, aku tinggal study betul-betul je. Tapi kat UMK la aku belajar untuk memegang jawatan. Walaupun tak sebesar jawatan orang lain, dan tak se-success orang lain. Tapi aku belajar untuk deal dengan pihak pengurusan.

Aku bersyukur.

Habis mengaji di UMK, aku dapat training under satu company besar iaitu UMW. Wah, masa tu aku seronok sgt sebab Allah atur hidup aku baik-baik, tak kasi aku menganggur pon kat rumah. Sampai lah setahun. 

Aku bersyukur.

Aku menganggur seminggu lebih lepas training di UMW. Aku mula risau. tetapi Allah dah tetapkan rezeki aku. lepas seminggu lebih aku habis training, aku diminta untuk sambung lagi training di UMW. Alhamdulillah. Ada jugak rezeki masuk tiap-tiap bulan tuk sara diri dan belanja keluarga aku.

Aku bersyukur.

Baru-baru ni, aku tersentak dengan rezeki rakan-rakan dan orang yang aku kenal. Dapat kerja bagus-bagus, gaji besar, dapat study fully sponsored. Aku cemburu. Aku tanya pada diri aku, "Kenapa aku tak bertuah macam diorang?". Ya Allah teruknya aku. Down sebentar.

Dan bila aku fikir dan fikir balik, aku kena terus bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang dan usaha lebih keras. Allah takkan ubah nasib seseorang itu, selagi orang tu tak berusaha tuk mengubah nasibnya. Maksudnya Allah suruh kita berusaha. Allah suruh kita jangan putus asa. 

"Siapa yang menanam, dia yang menuai"

Sabar dengan jalan yang Allah beri pada aku, dan terus bersyukur. InsyaAllah pasti ada pelangi di penghujung jalan nanti. Yang penting DUIT. (Doa, Usaha & Ikhtiar, akhir sekali Tawakal).

"Kadang-kala syukur ni lebih tinggi darjatnya daripada Sabar"

Bila ditimpa musibah orang akan cakap, "sabar la mat". Semua orang boleh sabar disaat dugaan menimpa. Sebab dah tak boleh buat apa. Tapi berapa ramai yang dapat bersyukur dengan dugaan yang Allah bagi?

Renung-renungkan dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment