Sunday 18 October 2015

Tahajjud dan Qiamullail

18.10.2015, Around 11.00 am.

Mr Weird terdengar perbincangan topik yang menarik dikalangan student UM in which one of the student is my MRSM junior aka my little bro. Mr Weird hanya mendengar sebab seronok mendengar pendapat anak-anak muda yang banyak mendalami ilmu agama. 

Persoalan yang di kemukakan ialah adakah tahajjud dikategorikan sebagai Qiamullail?

Boleh tak kita buat Tahajjud / Qiamullail tanpa tidur dahulu?

Mr Weird juga ada sedikit sebanyak ilmu yang pernah Mr Weird belajar tentang Qiamuallail dan Tahajjud ni. Tak ada la sebanyak ilmu anak-anak muda UM yang sentiasa menyebut nama Allah dalam setiap perkara yang mereka lakukan.

Dunia makin maju, setelah buat sedikit sebanyak cross-reference dengan beberapa website jadi inilah rumusan yang boleh dibuat.

QIAMULLAIL

Qiamullail dari segi bahasa ialah bangun malam. Manakala dari segi istilah pula ialah berjaga malam untuk melakukan ibadah kepada Allah Azzawajalla. Ada pendapat mengatakan qiamullail afdhal untuk dilakukan pada 2/3 malam ataupun 1/3 akhir malam atau dengan lebih tepat lagi ialah selepas 2.30 pagi.


Pendapat ini disokong oleh hadis di bawah,


Rasulullah SAW bersabda: Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya. (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya)


Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu.


AMALAN QIAMULAIL

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya membersihkan diri sebelum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.
  1. Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.
  2. Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut:-
    • Solat Sunat Tahajjud
    • Solat Sunat Taubat
    • Solat Sunat Tasbih
    • Solat Sunat Hajat
    • Solat Sunat Witir
  3. Disamping itu beramallah juga dengan amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.
TAHAJJUD
Ulama berbeza pendapat tentang syarat dikira sebagai tahajjud sama ada perlu tidur ataupun tidak.

1. Tahajud harus tidur dulu
Ini merupakan pendapat Ar-Rafi’i – ulama madzhab Syafii –. Dalam bukunya As-Syarhul Kabir, beliau menegaskan,
التَّهَجُّدُ يَقَعُ عَلَى الصَّلَاةِ بَعْدَ النَّوْمِ ، وَأَمَّا الصَّلَاةُ قَبْلَ النَّوْمِ ، فَلَا تُسَمَّى تَهَجُّدًا
“Tahajud istilah untuk solat yang dikerjakan setelah tidur. Sedangkan solat yang dikerjakan sebelum tidur, tidak dinamakan tahajud.”
Setelah menyatakan keterangan di atas, Ar-Rafi’i membawakan riwayat dari katsir bin Abbas dari sahabat Al-Hajjaj bin Amr radhiyallahu ‘anhu,

يَحْسَبُ أَحَدُكُمْ إذَا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ يُصَلِّي حَتَّى يُصْبِحَ أَنَّهُ قَدْ تَهَجَّدَ ، إنَّمَا التَّهَجُّدُ أَنْ يُصَلِّيَ الصَّلَاةَ بَعْدَ رَقْدِهِ ، ثُمَّ الصَّلَاةَ بَعْدَ رَقْدِهِ ، وَتِلْكَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Diantara kalian menyangka ketika melakukan solat di malam hari sampai subuh dia merasa telah tahajud. Tahajud adalah solat yang dikerjakan setelah tidur, kemudian solat setelah tidur. Itulah solatnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Ibnu Hajar dalam Talkhis Al-Habir mengatakan,
Sanadnya hasan, dalam sanadnya ada perawi yang bernama Abu Shaleh, juru tulis Imam Al-Laits, dan Abu Shaleh ada kelemahan. Hadis ini juga diriwayatkan At-Thabrani, dengan sanad dari Ibnu Lahai’ah. Dan riwayat kedua ini dikuatkan dengan riwayat jalur sebelumnya.
2. Tahajud TIDAK harus tidur dulu
Solat tahajud adalah semua solat sunat yang dikerjakan setelah isya, baik sebelum tidur mahu pun sesudah tidur. (Hasyiyah Ad-Dasuqi, 7/313).
Kerana tahajud mempunyai erti mujanabatul hajud (menjauhi tempat tidur). Dan semua solat malam bisa disebut tahajud jika dilakukan setelah bangun tidur atau di waktu banyak orang tidur.
Ini berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
أفشوا السلام، وأطعموا الطعام، وصلوا الأرحام، وصلوا بالليل والناس نيام تدخلوا الجنة بسلام
Sebarkanlah salam, berilah makanan, sambung silaturahmi, dan kerjakan shalat malam ketika manusia sedang tidur, kalian akan masuk surga dengan selamat. (HR. Ahmad, Ibn Majah, dan dishahihkan Syuaib Al-Arnauth)
Abu Bakr Ibnul ‘Arabi mengatakan,
في معنى التهجد ثلاثة أقوال (الأول) أنه النوم ثم الصلاة ثم النوم ثم الصلاة، (الثاني) أنه الصلاة بعد النوم، (والثالث) أنه بعد صلاة العشاء. ثم قال عن الأول: إنه من فهم التابعين الذين عولوا على أن النبي صلى الله عليه وسلم كان ينام ويصلي، وينام ويصلي . والأرجح عند المالكية الرأي الثاني
Tentang makna tahajud ada 3 pendapat: pertama, tidur kemudian shalat lalu tidur lagi, kemudian shalat. Kedua, shalat setelah tidur. Ketiga, tahajud adalah shalat setelah isya. Beliau berkomentar tentang yang pertama, bahwa itu adalah pemahaman ulama tabi’in, yang menyandarkan pada ketarangan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidur kemudian shalat, kemudian tidur, lalu shalat. Sedangkan pendapat paling kuat menurut Malikiyah adalah pendapat kedua. (Dinukil dari Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyah, 14/86)
Catatan:

Islam itu Mudah dan tidak menyusahkan, jadi janganlah menyusahkannya sehingga menjadi alasan untuk kita tidak lakukan ibadah tersebut.


Bagi sesiapa yang tidak mampu bangun sebelum subuh untuk tahajud, dianjurkan untuk solat sebelum tidur. Sekalipun tidak disebut tahajud oleh sebahagian ulama, namun ibadah itu tetap terhitung melakukan qiyam lail, yang pahalanya besar.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk terus istiqamah dalam melakukan ketaatan.
Amin.
**Inilah sedikit sebanyak perkongsian dari ilmu dan cross reference yang Mr Weird buat. Jadi, info2 ini ada yang CP dari page lain. bukan dikreditkan kepada Mr Weird sahaja. Semoga bermanfaat kepada semua. Salah silap silalah tegur. Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment