Friday 20 March 2015

Kupas la apa kau nak kupas. Tapi biar kupas ada isi..

Sebelum tidur semalam, satu video tentang HUDUD oleh BFM Kupas di post di dalam group whatapp aku. So, setelah aku ambil masa untuk berfikir seketika, aku pon decide untuk post entry ni. Bukan apa, truly aku cakap. Orang yang kupas isu hudud dalam BFM kupas tu dah kaji cukup2 pasal islam ke yang suka-suka senang-lenang nak main lepas cakap pasal isu HUDUD??

Kalau ikutkan perasaan sebenar aku, rasa macam nak tampor je muka dia laju-laju. Tapi bila dipikirkan balik, penampar aku pun dia tak layak terima. Tapi tak mengapa la, maybe dia just ikutkan skrip yang telah diberikan kepada dia tanpa memikirkan apa maksud sebenar skrip tersebut (boleh pulak kalau jadi macam tu kan?)

Kepada BFM kupas, 
Kalau tuan-tuan, puan-puan, pakcik-pakcik, makcik-makcik dan dato-dato yang nak mengupas tu silalah kaji habis-habis dulu. Mmg la hukum hudud tu tak boleh bagi kau makan nasi lemak. Hukum Hudud tu untuk keadilan dalam menghukum pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan. Bukannya tujuan hukum hudud tu nak bagi kau makan nasi lemak. Sebab tu lah kena kaji agama dlu baru la kupas la apa kau nak kupas pon. Bukan main kupas je dan nampak bodoh dikemudian hari.

Mari kita ambil contoh mencuri dan dikenakan hukuman hudud. Bukannya hukum hudud tu terus dijalankan tanpa usul periksa akan sebab musabab orang tu mencuri. Pihak berkuasa perlu menyiasat dulu sebab utama orang tu mencuri. Cuba bayangkan kalau orang tu mencuri air mineral atas sebab dah 3 hari tak makan dan tak minum sebab takda duit. Ataupun mencuri sebabkan nak bagi anak-anak yang berada dirumah kelaparan yang dah berhari-hari tak makan sebab dia tidak mampu dan masih tidak diterima untuk berkerja?? 

Orang yang tak berakal pon paham akan perkataan "kasihan", inikan pula AGAMA. Takkan lah AGAMA ALLAH yang begitu sempurna ini menetapkan orang tu tetap kena potong tangan?? Sepatut nya kembali tanya kepada masyarakat sekeliling, kenapa masih ada orang yang susah sebegitu dalam kawasan yang agak cukup serba serbi?? Adakah pengagihan zakat tidak sama rata ataupun pengagihan zakat kepada golongan yang tak sepatutnya terima zakat??

Cuba fikir secara logik akal pon dah tahu apa jawapannya. So, janganlah nak main kupas tanpa kau cari asal usul benda yang kau nak kupas tu. Nanti nampak sangat kebodohannya dan akhirnya kau famous sebab memalukan diri sendiri. 

Dear orang yang mengupas,
kalau la MB kelantan or sape sekali pon cakap "orang yang kritik hudud tu x beriman", kau kene pikir kau tu sape nak kritik hudud or nak kritik MB?? Kau ahli agama ke?? Kau sehebat TGNA ke?? Kau ada ilmu mcm Imam Syafie' ke?? Kau tahu ke berapa banyak MB solat sunat?? Kau tahu ke berat AMANAH diorang bawak sebagai khalifah dimuka bumi Malaysia ni??

Ini isu hudud pon kau boleh nak main-mainkan dengan nasi lemak, dan kau pikir benda tu lawak. Kau tak layak pon nak cakap pasal hudud, bukan sahaja hudud, kau nak kritik orang pon kau tak layak sebab kau tak tahu nak selidik dulu. (Ataupon maybe kau selidik, tapi kalau kau selidik mesti kau tahu yang kau tak patut cakap apa yang kau cakap..)

Oklah aku rasa takat ni je komen aku pasal BFM kupas. Aku bukan ahli agama, aku bukan mufti, aku bukan ulama'. Tapi aku still tahu mana betul dan mana salah. Dan pendapat aku, Apa yang kau kupas tu tak kena pada cara!! Bila suatu isu agama keluar, ramai berpusu-pusu nak jadi ustaz dan ustazah. Pelik. Amalkan dulu islam baru kau tahu perbezaan dia.

Dulu Islam dapat takluk dua pertiga dunia, takda pulak masalah hukum-hukum dalam islam menyebabkan islam mundur. Yang mundurnya muslim tanpa islam. 

Renung-renungkan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment